Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashor Al-Islami merupakan salah satu projek fizikal pembangunan hartanah wakaf JAWHAR di bawah RM ke 9. Kompleks ini mampu menempatkan sehingga 800 orang pelajar dan dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mengandungi kemudahan 2 blok asrama 4 tingkat, blok pentadbiran 3 tingkat, blok akademik 4 tingkat dan 1 blok dewan makan serta kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola tampar.
Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 22 Rejab 1432H bersamaan 24 Jun 2011.