Pada 26 Mei 2024, MAINPP telah menghantar seramai 14 orang pemain bagi menyertai Liqa’ Riadah MADANI 2024 Agensi Agama Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Penaga. Kejohanan ini merupakan julung kali diadakan dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang merupakan penganjur bagi tahun 2024.
Antara acara yang dipertandingkan ialah ping pong, dart, congkak, badminton dan karom. MAINPP telah berjaya memperoleh tempat ke-3 dalam acara karom. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua peserta kerana telah melibatkan diri dalam acara sukan yang diadakan ini.
JKSNPP telah terpilih sebagai Penganjur Liqa’ Riadah MADANI 2025. Semoga MAINPP terus aktif dalam menyertai sukan seperti ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |