Lawatan Kerja Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)
Pada 13 November 2024, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP meraikan delegasi dari Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Delegasi yang diketuai oleh Ustaz Mohd Berkat bin Hasan, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Kariah, JAWI, hadir ke MAINPP untuk mengadakan lawatan kerja.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat pelaksanaan kubur bertingkat di Pulau Pinang. Turut hadir bersama dalam sesi ini Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah MAINPP serta semua warga kerja Unit Pentadbiran Tanah MAINPP.