PT Sans | Reset
A A

Sesi Kunjungan Hormat Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) Ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

Dalam usaha untuk memperluaskan peluang pendidikan di dalam negara terutamanya bidang perubatan yang berteraskan konsep islamik, pihak Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah mengadakan kunjung hormat ke MAINPP baru-baru ini.

Pihak UniSHAMS dihadiri oleh Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Wan Najzmi bin Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa serta Prof. Madya Dr. Harif Fadzilah bin Che Hashim, Dekan Kuliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan. 

Sesi ini berlangsung selama dua jam lebih dan menyentuh beberapa topik antaranya kursus yang ditawarkan oleh pihak UniSHAMS dan turut ditayangkan video korporat.

Pihak MAINPP yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha MAINPP dan turut hadir bersama Professor Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, Haji Rosidi Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. dan Encik Muhamad Kairi bin Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Zakat Pulau Pinang.

 

 WhatsApp Image 2022 01 06 at 9.43.48 AM    WhatsApp Image 2022 01 06 at 9.43.45 AM  
 WhatsApp Image 2022 01 06 at 9.43.47 AM    WhatsApp Image 2022 01 06 at 9.43.55 AM 1  
 WhatsApp Image 2022 01 06 at 9.43.56 AM 1    WhatsApp Image 2022 01 06 at 9.43.50 AM 1  
 WhatsApp Image 2022 01 06 at 9.43.55 AM