PT Sans | Reset
A A

LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU (MAIDAM) KE MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru- baru ini telah dikunjungi oleh delegasi daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).  Rombongan seramai 5 orang ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Noor Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Baitulmal, Encik Mohd Jalil Bin Ngah, Penolong Kanan Pengarah Pengurusan Harta, Encik Hilman Bin Hajijan, Penolong Kanan Pengarah Pembangunan Teknikal, Encik Nazli Amirri Bin Ngah, Penolong Kanan Pengarah (Wakaf Dan Sumber Am) dan Encik Mohd Ridzuan Bin Mohamad Selaku Penolong Pengarah (Wakaf). Lawatan kerja yang berlangsung lebih kurang 2 jam ini memfokuskan perkongsian kejayaan MAINPP dalam pembangunan Wakaf Seetee Aisah dan pengurusan serta pelaksanaan Wakaf Tunai di Pulau Pinang ini.Taklimat berkenaan disampaikan oleh Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman selaku Ketua Bahagian Wakaf. Turut serta dalam sesi taklimat tersebut, Tuan Haji Anuar Bin Ahmad, Ketua Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan yang menerangkan dengan terperinci berkaitan pembangunan Wakaf Seetee Aisah.

l1   l2
 l3  l4