Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Surau Ar-Rijal, Taman Merbau Jaya

Pada 26 Januari 2026, Tuan Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, Pengurus Baitulmal MAINPP telah mewakili Yang Dipertua MAINPP dalam Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Surau Ar-Rijal, Taman Merbau Jaya daripada wakil pewakaf, Tuan Haji Jailani bin Jantan (Ketua Pegawai Operasi, Dar Al-Qari Resources).

Projek pembinaan surau baharu ini telah ditaja dan dibina sepenuhnya oleh Yayasan RI (Yayasan Rizalman Ibrahim) dengan kos pembinaan keseluruhan menelan kos sebanyak RM1.2 juta daripada pewakaf, YBhg. Dato' Hj. Rizalman bin Ibrahim.

Surau baharu yang dibina atas tanah milik MAINPP berkeluasan 0.16 ekar ini dianggarkan mampu menampung jemaah seramai 450 orang dalam satu masa. Pembinaan surau ini telah bermula pada 15 November 2024 dan siap sepenuhnya pada akhir Disember 2025 yang lalu.

Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Ustaz Norzli bin Mat (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Masjid dan Surau, JHEAIPP), Ustaz Zulkhairy bin Ramli (Pegawai Tadbir Agama, Daerah Seberang Perai Utara [Butterworth]), Pengerusi Jawatankuasa Surau Ar-Rijal, Encik Saifulbahari bin Pabilah, wakil MAINPP, wakil JHEAIPP, wakil Masjid Jamik Al-Marbawi, Merbau Kudung dan para penduduk Taman Merbau Jaya.

1
2 3
5