PT Sans | Reset
A A

Majlis Pecah Tanah Masjid Habib

Majlis Pecah Tanah Masjid Habib disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dan Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Seri Zarida Noordin.

Pengusaha barangan kemas terkemuka, Kumpulan HABIB kini membangunkan sebuah masjid yang bakal menjadi Pusat Ibadah dan Komuniti di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB , Datuk Seri Meer Sadik berkata pembinaan masjid bernilai RM25 juta itu dijangka siap pada tahun 2024. 
 
 
habib