Buat julung kalinya pagi tadi telah berlangsung Himpunan Iltizam Khaira Ummah 2030 (ILTIZAMKU2030) yang diadakan di Dataran KITAB, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Pembuka Majlis yang dipimpin Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Mufti Negeri Pulau Pinang dan diteruskan dengan amanat perdana yang disampaikan oleh YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Majlis diteruskan dengan Pelancaran Laman Web KU2030 dan Sesi Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan & Kit Promosi Khaira Ummah 2030. Semoga himpunan yang mengumpulkan pimpinan utama agensi Islam Pulau Pinang ini mencapai matlamat demi peneguhan tekad ke arah menjadikan misi Khaira Ummah 2030 sebuah realiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |